Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 3 Oktober 2011

PMR 2011

Esok 3 Oktober bermulalah tarikh peperiksaan PMR bagi seluruh negara. Chegu ingin mengucapkan semoga berjaya menghadapi Peperiksaan PMR dengan selamat. Doa buat semua pelajar agar melakukan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang. Hasil anda selama belajar di sekolah mungkin dicerminkan dalam peperiksaan ini.

Tidak perlu mencari para wali, atau memohon doa mustajab dari para ulama, jika menghormati ibu bapa, maka doa paling diterima di sisi Allah SWT adalah doa ibu bapa kepada anaknya agar menjadi insan yang berbakti kepada agamanya. Maka mohonlah restu kepada ibubapa anda sebelum keluar melangkah seawal pagi esok.

Pastikan bawa kad pengenalan dan slip peperiksaan. Kalau terlupa juga, pastikan bertemu guru bertugas sebelum masuk ke dewan peperiksaan. :-)

Peperiksaan - gambar sekadar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt