Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 8 Ogos 2011

Kisah Ramadhan dan al-Quran

quran ramadhan

Nabi Sallallahu'alaihi wasallam menceritakan bahawa Jibrail a.s membacakan kepadanya Al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sayyidina Uthman bin Affan berkata: "Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada Al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-Quran padanya."

Imam al-Baihaqi berkata: "Apabila Uthman wafat, mashafnya telah rosak kerana terlalu kerap dibaca."

Rabi' bin Sulaiman bercerita: "Al-Syafi'e mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60kali. Pada bulan yang lain sebanyak 30kali."

Ibn Abdil Hakim berkata : "Apabila Ramadhan menjelang, Malik (Imam Malik bin Anas) meninggalkan periwayatan hadith dan diskusi dengan para ulama'. Beliau terus membaca al-Quran daripada mashaf."

Imam Abu al-Qasim al-Qushairi bercerita: "Setiap kali tiba bulan Ramadhan, Abu Bakar al-Shibli akan meningkatkan ketekunan ibadahnya. Ia berkata: 'Inilah bulan yang diagungkan oleh Allah. Maka aku mesti menjadi orang yang paling pertama mengagungkannya."

Ibrahim al-Nakha'i berkata: "Al-Aswab bin Yazid(ulama tabi'in di Kufah)mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan setiap dua hari sekali. Beliau tidur antara Maghrib dan Isyak. Selain bulan Ramadhan, beliau mengkhatamkannya setiap enam hari sekali."

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hambali berkata: "Seorang Mukmin menghadapi dua Jihad pada bulan Ramadhan. Jihad puasa pada siang hari dan Jihad Qiam(solat sambil membaca Al-Quran) pada malam hari."

Daripada Abu Hurairah, Rasullullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara dosa-dosanya masih belum diampuni." (Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt